BERITA@INFO
FIESTA LESTARI MADANI 2026
🌿✨ FIESTA LESTARI MADANI 2026 ✨🌿 Jom bersama-sama menyemarakkan budaya kelestarian dan membina persekitaran kampus yang lebih hijau, bersih dan harmoni! 🌱💚 Pelbagai aktiviti menarik menanti dalam Fiesta Lestari Madani 2026. Ayuh sertai, meriahkan dan jadikan kelestarian sebagai sebahagian daripada gaya hidup kita. 🌏✨ Kampus Lestari, Minda Bestari 💚 📅 21 – 22 Oktober 2026 📍 UniSZA Kampus Besut Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama mencipta impak positif! 🌱 Geran Penyelidikan Kelestarian 2026
Setinggi - tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada 10 penerima Geran Penyelidikan Kelestarian 2026 dengan jumlah keseluruhan bernilai RM200,000. Semoga terus cemerlang. Aktiviti Penanaman Pokok bagi Program Pemuliharaan Flora Spesis Hutan Pantai Tanah BRIS di UniSZA Kampus Besut30 Jun 2026 – Lestari UniSZA bersama Persatuan Mahasiswa Fakulti Biosumber & Industri Makanan (PMFBIM) serta UniSZA Green Advocate Association (UGAA) telah menganjurkan Aktiviti Penanaman Pokok bagi Program Pemuliharaan Flora Spesis Hutan Pantai Tanah BRIS di UniSZA Kampus Besut sebagai usaha meningkatkan kesedaran kepada warga kampus terhadap kepentingan biodiversiti serta peranan ekosistem tanah BRIS dalam menyokong kesejahteraan alam sekitar dan komuniti setempat. UniSZA Terima Motosikal Elektrik, Perkukuh Agenda Kampus Hijau dan KelestarianUniSZA Terima Motosikal Elektrik, Perkukuh Agenda Kampus Hijau dan Kelestarian KUALA NERUS, 25 Jun 2026 – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus memperkukuh komitmennya terhadap agenda kelestarian apabila menerima lima buah motosikal elektrik yang diserahkan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Fadzli Adam kepada Pendaftar UniSZA, Encik Muzafar Mohd Din dalam satu majlis yang berlangsung di kampus universiti, hari ini. |















